Friday, May 22, 2009

wanita lagi!!!

















WANITA..


Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki
wanita perlu meminta izin dari suaminya apabial mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya
wanita saksinya kurang berbanding lelaki
wanita menerima pusaka kurang dari lelaki
wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan
wanita wajib taat kepada suami dan tidak sebaliknya
wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas


Pernahkah kita lihat sebaliknya?


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta di simpan di tempat yang tersorok dan selamat… sudah pasti intan dan permata tidak akan di biar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya denagn seorang wanita….


Wanita perlu taat pada suaminya. Tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tapi harta itu menjadi milik peribadinya sedangkan pusaka lelaki perlu digunakan untuk menyara isteri dan anak-anaknya

Wanita susah kerana mengandung dan melahirkan tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah.. dan matinya jika melahirkan adalah syahid kecil


Di akhirat kelak lelaki akan dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita ini

Ø isterinya
Ø ibunya
Ø anak perempuannya
Ø saudara perempuannya

Manakala wanita pula, tanggungjawab terhadapnya dipikul 4 lelaki ini

Ø suaminya
Ø ayahnya
Ø anak lelakinya
Ø saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya cukup denagn 4 syarat sahaja

Ø sembahyang lima waktu
Ø puasa di bulan ramadhan
Ø taat suaminya
Ø menjaga kehormatannya.
wanita hiasan dunia...seindah hiasan adalah wanita solehah...yang akan membahagiakan syurga.....etah apa lg liriknya...x ingat...asyik2 cite pasal wanita je..mana artikle pasal lelaki ni.....hmmm..nti tunggu sampai msnya...ana masuk artikle pasal lelaki lak...

No comments:

Post a Comment