Friday, May 22, 2009

couple







BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN




BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?




CINTA, Fitrah Setiap Manusia,MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).




Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku
Selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)




Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.




Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)




ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)




Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.
bercinta lepas kawin lebih indah....

wanita lagi!!!

















WANITA..


Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki
wanita perlu meminta izin dari suaminya apabial mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya
wanita saksinya kurang berbanding lelaki
wanita menerima pusaka kurang dari lelaki
wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan
wanita wajib taat kepada suami dan tidak sebaliknya
wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas


Pernahkah kita lihat sebaliknya?


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta di simpan di tempat yang tersorok dan selamat… sudah pasti intan dan permata tidak akan di biar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya denagn seorang wanita….


Wanita perlu taat pada suaminya. Tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tapi harta itu menjadi milik peribadinya sedangkan pusaka lelaki perlu digunakan untuk menyara isteri dan anak-anaknya

Wanita susah kerana mengandung dan melahirkan tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah.. dan matinya jika melahirkan adalah syahid kecil


Di akhirat kelak lelaki akan dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita ini

Ø isterinya
Ø ibunya
Ø anak perempuannya
Ø saudara perempuannya

Manakala wanita pula, tanggungjawab terhadapnya dipikul 4 lelaki ini

Ø suaminya
Ø ayahnya
Ø anak lelakinya
Ø saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya cukup denagn 4 syarat sahaja

Ø sembahyang lima waktu
Ø puasa di bulan ramadhan
Ø taat suaminya
Ø menjaga kehormatannya.
wanita hiasan dunia...seindah hiasan adalah wanita solehah...yang akan membahagiakan syurga.....etah apa lg liriknya...x ingat...asyik2 cite pasal wanita je..mana artikle pasal lelaki ni.....hmmm..nti tunggu sampai msnya...ana masuk artikle pasal lelaki lak...

nasihat untuk wanita










NASIHAT UNTUKMU WANITA


Untuk membentuk bibir yang nawan,
Ucapkanlah kata-kata kebaikan…
Unutk mendapatkan mata yang indah,
Carilah kebaikan pada setiap orang yang anda temui….


Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,
Bengkongsilah makanan dengan mereka yang lapar…
Unutk mendapatkan rambut yang indah,
Mintalah anak kecil menyisirnya dengan jemarinya setiap hari…


Untuk mendapatkan susuk tubuh yang indah,
Berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan…
Dan anda tidak pernah berjalan sendirian…

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan…
Bukan pada bentuk tubuhnya…
Atau cara dia menyisir rambutnya….


Kecantikan wanita terdapat pada matanya…
Cara dia memandang dunia…
Kkerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia…
Di mana cinta dapat berkembang…

Kecantikan wanita…
Bukan pada kehalusan wajahnya…
Tetapi kecantikan yang murni…
Terpancar pada jiwanya…
Yang dengan penuh kasih memberikan perhatian…
Dan cinta yang diberikan…
Dan kecantikan itu…
Akan tumbuh sepanjang waktu……….
macam2 pasal wanita ni...kita bukan wanita tepi jalan yang harga seposen...hiasilah diri dengan meka up yang telah Islam bg free kt kita...x mintak byr pn..em...hebat betul ciptaan ALLAH kan....

kerdilnya diri ini..





Tunjangkan resahmu ke dada solat…
Himpunkan peritmu di genggam doa…
Tutupi kekecewaanmu dengan takwa…
Nilaikan kesucian diri melalui keikhlasan hati…

Hidup bersinarkan keimanan…
Amal menggunung dengan keikhlasan…
Hati terhibur dengan kalimah tuhan…
Akhlak indah bagaikan Al-Quran..
Mati bersinarkan ketakwaan…
setiap kali menghadap kekasih...ucaplah...aku rindu padamu ya Rabbi...aku x sanggup berjauhan denganmu!!!!....teman.jadikan solat e2 penawar ketika kau bersedih...al-Quran sebagai surat cinta dari Kekasihmu....bacalah surat cinta ini setiap kali selepas kita jumpa kekasih kita..sekurang2nya satu pipi...e2pn habis malas...cuba darab 5pipix5 waktu solat...dan seterusnya....e2pn dh byk kn...sikit x pe asal istiqomah..

alangkah indahnya...




ALANGKAH INDAHNYA…
JIKA KITA SEBAIK SITI KHADIJAH
DAPAT MENGUATKAN SUAMI DENGAN HARTA DAN CINTA
UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN
MENEGAKKAN AGAMA ALLAH


ALANGKAH INDAHNYA…
JIKA KITA SEPEMURAH SITI AISYAH
MENCARI-CARI HARTA WALAU SEBIJI KURMA
UNTUK DISEDEKAHKAN
KE JALAN ALLAH


ALNGKAH INDAHNYA…
JIKA KITA SEPERTI RABIATUL ADAWIYAH
MENGINTAI CINTA SUCI SETIAP DINIHARI
“AKU MENYEMBAH BUKAN KERANA MENGHARAPKAN SYURGA-MU YA ALLAH,
BUKAN JUGA TAKUT KERANA SIKSA NERAKA-MU..TETAPI,
KERANA RINDUKU KEPADA-MU
JUGA KERANA CINTAKU PADA-MU”


AHH…DIRI YANG LEMAH…
TERLALU KERDIL DIRI INI
BERGELUMANG DENGAN DOSA
MATA, TELINGA, LIDAH, HATI
TIDAK KUGUNAKAN KE JALAN-MU


ALANGKAH INDAHNYA…
JIKA KITA DAPAT LAGI BERSYUKUR
LANTARAN APA YANG TERDAYA KINI
MASIH LAGI KURNIAAN ILLAHI…….
teman...bicara dan kata-kata yang mudah dariku....CUBALAH UNTUK JADI YANG TERBAIK..INSYAALLAH ALLAH MENGIRINGI JEJAKMU...

cerpen... calon solehah


Calon solehah

Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang.



Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.



Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.



Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.




Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”



Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ke?” eh, tiba-tiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.



Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..” “ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada lah jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng



Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.



Calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.



Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu. “sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika. “sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,”



Aku sedikit terkelu. Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah. “nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh.



Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.“tapi, ada jaminan ke kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan. “Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah.



Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah barangkali.



Lalu dia tersenyum. “ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,” “Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga? “bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”



Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.



Hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya. Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa.



Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah.Syukur Ya Allah.






Alhamdulillah.. dh habis bacakan..terasa gk bila bc cerpen ni..em...angan2 nak calon yang soleh...tapi diri ini banyak lg yang tunggang langgangnyer...ISTIGHFAR SLALU..

khulasahnya...islah diri kita dlu sblum islah orang len...tp klu mungkar depan mata wajib tegur ...ingat 2...satu lg..klu nak yang soleh atau solehah..kita dlu kena jadi soleh @ solehah...bru Allah kasi kat kita..INSYAALLAH.